Wednesday, March 18, 2009

March 17th


Allah Selamatkan Kamu~~~
Allah Selamatkan Kamu~~~
Allah Selamatkan Hamzah Mohd Azizan~~~
ALLAH SELAMATKAN KAMU~~~!!!!!


MY WISH FOR THIS YEAR:
1. Have a permanent job as a teacher
2. Meet ADIE, EKMAL, KIOK, KIMI, ZAIN, FARA & YANA
3. Semoga hubungan aku dengan kawan-kawanku akan berkekalan sampai bila-bila.
4. Have a 6 pax
5. Macbook Pro
6. iPhone
7.Have a powerfull PC
8. Black Metalic Perdana V6



25 tahun sudah...
Selamat bertemu kembali dalam paparan terbaru edisi khas berkenaan dengan Ulang Tahun Keputraan Yang Dipertua Baginda Adinda Hamshah Awangku Adiputra Ibni Almahrum Adinda Azizunil Awangku Adibah Noor @ HARM. Bertarikh 17 Mac 1984 telah berjayanya aku keluar dari kangkang ibunda. Bersalutkan darah dan bendalir-bendalir yang hanyir baunya (ew!). Dipendekkan cerita (tak sanggup dah nak cerita detail), ibunda aku mengatakan hanya aku seorang dilahirkan pada hari SABTU manakala adik beradik ku yang lain lahir pada hari JUMAAT. Adakah ini memberikan maksud yang berlainan ke atas diriku? Ya! Memang benar..(dah mule riaknye) Pada pendapat aku, aku merasakan diriku ini sungguh berbakat dan unik berbanding dengan kakak dan abangku. Sebagai contoh, aku dilahirkan hensem+cute=hente. Bijak dalam bidang ICT (mmg 100% riak ni), berkebolehan dalam menari serta boleh menyanyi dengan baik (yeke? abistu pesal kene rijek stage 1 dalam audition AF musim ke 5?). Selain itu, berdasarkan kajian-kajian yang melibatkan aspek psikologi dan personaliti, seseorang yang dilahirkan pada 17 Mac merupakan seseorang yang:

1. berterus terang
2. bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu
3. mudah berasa cemburu dan iri hati
4. mementingkan kesempurnaan (perfectionist)
5. demanding
6. berfikiran negatif
7. amat menyayangi
8. setia
9. berbakat (x cukup lagi ke riak?)
10. mementingkan perhubungan dalam aspek.... (korang pikirla sendiri!)


INFO MENARIK:
Bagi sesiapa yang belum mengenali aku dengan lebih detail, aku sebenarnya mempunyai 2 ibu dan bapa. Hah?!! Biar betul! Aku sememangnya sudah mengagak respon yang anda berikan. Ya, aku memang mempunyai 2 ibu dan ayah. Semasa aku dilahirkan sehingga aku berumur beberapa bulan (aku xsure la), ibu kandungku telah menyerahkan aku FREE OF CHARGE kepada adiknya dan sehingga sekarang aku duduk, makan, berdiri, tidur bersama ibu angkatku a.k.a adik ibu kandungku. Walaubagaimanapun, aku masih berkontek lense dengan ibu kandungku lagi. (ingat ni drama melayu ke? dah bagi2 camtuh trus xingat keluarga kandung! puih!) Str8 2 da point, umah aku skang dengan umah ibu kandung aku dekat je pun...leh pegi je bile2 masa aku nak. Ehem-ehem! Sekiranya anda kurang mengerti akan penjelasan tadi, silalah hubungiku dan bertanyalah secara telus, tembus dan ikhlas.


17 MAC 2009
Sebelum aku memaparkan list-list mereka yang telah mengeWISHkan aku, izinkan aku menceritakan serba sedikit tentang aktiviti yang aku jalankan di sepanjang harijadiku. Seperti biasa, aku bangkit daripada kamarku lebih kurang pada pukul 10pagi. Aku terus mandi dan mempersiapkan diriku pergi mengadap PC untukku online (mmg hari2 pun camni). As usual, aku akan melihat komen-komen di myspace dan friendster sebagai santapan pagiku. Diikuti dengan YM bagi menunggu mesej-mesej yang masuk untukku layan. Selepas mengeOFFkan diri pada pukul lebih kurang 2 petang, aku terus mengisi perut 4pax ku (pasan tol) untuk makanan tengahari. Selepas makan, aku merehatkan diri di depan TV selama 1jam sebelum aku landing (pinjam ayat Adie jab) di kamar beraduku.
Aku bangun pada pukul 4ptg untukku menyiapkan diri melakukan rutin harianku seperti biasa iaitu melakukan sit up dan crunches (perluke nak bgtau jugak hal ni? Ew!). Hari ini aku telah berjaya memecahkan rekod Adie a.k.a Coach Seludup dengan jayanya melakukan sit up 50 kali 3 set dan crunches 100 kali 3 set. Wow!! Abang Harmku~~~!!!!! (ini sore pompuan k)
Setelah itu, ayah kandungku menyatakan hasratnya untuk membelanjaku makan di malam hari di Sugarbun a.k.a fastfood mcm KFCla... Aku terpaksa makan malam jua akhirnya ekoran daripada tawaran yang cukup menyelerakan itu. Dalam perjalanan untuk ke Sugarbun, aku pun menggunakan peluang FREE CALLS untuk menelefon rakan-rakanku seperti:

1st: Adie (dia xangkat)
2nd: Fatin (dia angkat-borak-hang up)
3rd: Yana (time ni tgh driving borak dgn dia-best gilo)
4th: Adie (still xangkat..mmg memungkokkan)
5th: Fara (xangkat gak)
6th: Fara (still xangkat)
7th: Fara (hmmm....next!)
8th: Fara (degil tol xmau angkat)
9th: Fara (dah fedup dah time ni sbnrnye...)
10th: Yana (borak-borak-kutuk-kutuk)
11th: Fatin (borak lagi...)
12th: Adie (masa ni tgh makan dah kat Sugarbun..dia pun xangkat)
[time ni Adie sms. dia kat die ADA HAL - halnye tu mmg memundekkan jiwa ragaku]
13th: Yana (kiter kutuk lagi die kan yana?)
[time ni barula si pungkok Adie tu sms soh kol]
14th: Adie (borak~~~~~~~~kutuk~~~~~~maki~~~~)
15th: Adik Azli (1st time kol-best)
16th: Dedeq (2nd kol actually..tp dia ni xangkat petang tadi)

Panggilan yang ke 16 itu sebenarnya aku telah selamat sampai ke rumah. Sampai sahaja di rumah, aku terus mengadap PC untuk online. Pada malam itu, aku chat dengan:

1st: Dedeq (dia buzz aku dulu-borak panjang gak)
2nd: Yana (aku buzz die dulu- borak)
3rd: Adie mai online (EW!)
4th: Ekmal (aku dah nak out dah baru dia on9 - apa lagi, borak ar -best giler!! - topik best!)
5th: Conference dgn Adie, Yana & Fara (err..no komen!)

PS: Semasa aku chat di YM, aku juga melayan Kiok dan Azil di Myspace...Thanks guys!



Inilah santapan malamku di Sugarbun


SEKARANG, TIBALAH MASA YANG DINANTI-NANTIKAN OLEH DATUK ABU TOKONG (SEBELAH UMAH ADIE)... AKU AKAN MEMAPARKAN SENARAI NAMA RAKAN-RAKAN DAN KENALAN KU YANG TELAH MENGUCAPKAN UNGKAPAN "SELAMAT HARI JADI" KEPADAKU DENGAN MENGIKUT KRONOLOGI:

1. Adie (12.00 am) - SMS
2. Ekmal (12.01am) - MYSPACE
3. Nasa (12.08 am) - SMS
4. Koyan (12.35 am) - SMS
5. Nur Aishah (12.17 am) - MYSPACE
6. Arip (12.40 am) - FRIENDSTER
7. Piah (2.00 am) - SMS
8. Adik Yusuf (6.16 am) - SMS
9. Tulip (7.06 am) - FRIENDSTER
10. Daus (7.19 am) - SMS
11. Amie (9.57 am) - SMS
12. Apis (10.27 am) - YM
13. Dedeq - YM
14. Asmahani - SMS
15. Adik Azli - MYSPACE
16. Puteri - MYSPACE
17. Najwa - MYSPACE
18. The Veer Union (Band Baru kat Myspace..xsangka tol diorg pun wish gak) - MYSPACE
19. Fatin - FRIENDSTER
20. Didi - SMS
21. Yana - SMS
22. Kakanda Noor - MEN CKP
23. Kakanda Edda - MEN JERIT
24. Ehsan Besar - SMS
25. Alique - YM
26. Ema - YM
27. Kiok - MYSPACE
28. Farra - YM (dia kata dia dah bg komen kat Myspace..aku xtrime pun..haha)
29. Ella (Ella Adie Ella~~~!! Dia ni aku rs dia ingat besday aku 18hb. Dat y dia sms aku 2minit lagi nak pkl 12 tgh mlm) - SMS

Wednesday, March 11, 2009

Kalendar Aktiviti KPLI Ambilan Jun 2009

Bagi pemohon yang telah mendaftar KPLI Ambilan Jun 2009, sila semak jadual di atas bagi menyemak status permohonan anda. SILA KLIK PADA GAMBAR TERSEBUT BAGI PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN JELAS...Semoga Berjaya dan bagi calon yang berjaya dipanggil untuk menduduki Ujian Mtest, sila belajarlah rajin-rajin terutamanya soalan yang berkenaan dengan Kuantitatif. Soalannye sememangnya cukup LEMAK BERKRIM...

Monday, March 9, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah 2009


Assalamualaikum kepada semua. Terlebih dahulu saya memanjat kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyambut kelahiran Rasulullah SAW pada tahun ini. Sesungguhnya kehadiran umat Islam di kampungku sungguh meriah serta dapat sama-sama merasai sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Bermula pada jam seawal 7.15 pagi, saya bersama dengan rakan seperjuangan melangkah kaki ke dewan bagi memulakan perarakan. Saya bersama-sama dengan Kak Som, Kak Ros , Kak Asmah serta Zaimah seiringan semenjak awal pagi bagi menyambut suasana ini. Kami berlima sememangnya tidak kering gusi bergelak ketawa apabila membincangkan isu-isu pada masa kini atau lebih dikenali sebagai mengumpat. Astaghfirullah'alazim...sememangnya kami cukup berdosa. Kami juga sedar akan perbuatan kami. Akan tetapi, kami juga sedar bahawa orang lain juga akan berbuat sedemikian.

Setelah lebih kurang 1 jam lebih menunggu di dalam dewan SK Abang Amin tadi, kami semua pun mula bergerak menuju ke masjid yang jauhnya lebih kurang 2km. Jarak sebegini sememangnya tidak begitu mencabar bagi orang lain tetapi bagi diriku ini yang serba kesakitan pada lutut kaki sebelah kananku, aku memang merasakan kesakitan yang sememangnya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Namun, aku tabahkan jua dan kuatkan semangat bagi menempuh dugaan yang tidak seberapa ini di mata Allah SWT. Alhamdulillah, kami berlima sampai di masjid lebih kurang 1jam kemudian.

Berikut adalah paparan imej semasa menuju ke masjid:


SEMASA TIBA DI MASJID:

Sesudah sampai di perkarangan masjid, kami terpaksa menunggu giliran di luar selama 15minit bagi menunggu giliran untuk masuk ke dalam ekoran terlalu ramai orang yang ingin masuk ke dalam. Setelah berjaya masuk ke dalam, kami pun terus duduk bersila dan bersimpuh sambil minum air kotak free yang diberikan. Kami seharusnya bersyukur seadaanya karena dengan adanya pemberian percuma ini dapatlah kami membasahkan tekak kami yang telah sekian lama sudah kering. Sesudah itu, kami semua terpaksa menunggu aturan majlis bagi memulakan aturcara seterusnya. Kami terpaksa mendengar ucapan yang cukup meyakinkan daripada tetamu kehormat kita iaitu En. Raden Foji walaupun hampir separuh daripada tetamu yang hadir terpaksa keluar ekoran betapa asyiknya ucapan beliau itu tadi. Setelah itu, kami dihiburkan dengan 2 persembahan nasyid daripada kaum hawa dan kaum adam bagi memeriahkan suasana yang sememangnya membosankan sejak awal pagi tadi. Namun begitu, kami berusaha tidak sesekali mempamerkan kebosanan di riak wajah kami masing-masing.

Persembahan pertama ialah daripada kumpulan nasyid yang terdiri daripada aweks-aweks SMK Kai Chung

Persembahan kedua daripada kumpulan nasyid yang terdiri daripada brader-brader kampung dan juga pelajar sekolah. Sememangnya muka mereka semua begitu serius dan poyo sekali.

SESUDAH BERAKHIRNYA MAJLIS:
Untuk pengetahuan anda semua, kami sebenarnya ingin merasakan masakan daripada hidangan yang disediakan di perkarangan masjid. Akan tetapi, salah seorang daripada kami telah melihat sesuatu keadaan yang cukup mengaibkan di mana salah seorang penduduk kampung kamu mengambil nasi hanya dengan berlaukan AIR KUAH sahaja! Dengan kata lain, makanan yang dihidangkan sudah kehabisan stok. Saya seorang yang menjaga bentuk badan dan perut sememangnya tidak kisah akan hal seperti ini. Oleh itu, kami berlima mengambil keputusan untuk menjamu selera di................:

YUSOP RESTAURANT SDN BHD!

Pada mulanya kami sampai di restoran ini, kami mengalami masalah untuk mencari tempat duduk memandangkan begitu ramai manusia kelaparan yang ingin menjamu selera. Setelah dijemput sendiri oleh tuan punya kedai untuk masuk ke dalam, kami pun duduk di tempat yang telah sekian lama kosong. Memang buta mata kami. Di antara kami berlima, hanya 3 orang sahaja yang makan. Aku hanya makan canai telur, Kak Som dan Zaimah makan nasi campur. Manakala Kak Ros dan Kak Asmah hanya menikmati minuman milo ais dan teh ais. Aku tanpa segan silu menyatakan yang aku tidak membawa sebarang wang untuk menjamu selera di restoran ini. Oleh itu, aku meminjam sedikit wang daripada Kak Som untukku membayar sejumlah wang hasil daripada makanan aku tadi iaitu: Canai telur & Horlick Ais

Inilah sisa makananku yang tidak seberapa...(kuahnye memang sedap)

Begitulah serba sedikit mengenai aktivitiku sepanjang hari ini. Walaupun kepala lutut kaki sebelah kananku (dengan detailnye) terasa sakit, namun aku cukup gembira dan berbangga kerana dapat menyambut suasana Maulidur Rasul ini dengan rakan-rakanku. Buat pengetahuan anda semua, dalam masa 24 tahun ini, inilah kali pertama aku menyambut dan berarak sebegini...anda bila lagi???

Sunday, March 8, 2009

Album Pilihanku Pada Saat Ini...


"The Red Jumpsuit Apparatus - Lonely Road"
Sekali lagi kumpulan ini telah menerbitkan sebuah lagi album dengan lagu yang cukup mengasyikkan. Dengan paparan dan susunan muzik yang lebih pro dan matang, sememangnya kumpulan ini sahajalah yang mempunyai trademark dan style tersendiri. Bagi aku, kesemua lagu yang didendangkan adalah sedap dan betul-betul memukau jiwa dan perasaan ini... Oleh itu, downloadlah album ini sekarang!!!

"The All American Rejects - When The World Comes Down (Deluxe Edition)"
Kumpulan ini juga tidak kurang hebatnya dengan menampilkan lagu yang mempunyai trademark tersendiri yang hanya boleh didapati apabila anda mendengar lagu daripada kumpulan ini sahaja. Pada permulaan single mereka iaitu "Gives You Hell" bermain di corong-corong radio dan internet, kebanyakkan pendapat telah dilemparkan oleh peminat muzik negara yang telah menyatakan bahawa kumpulan ini berkemungkinan besar sudah tidak mengikut susur galur muzik mereka sendiri. Akan tetapi, setelah diteliti mereka sememangnya mempunyai sebab mengeksperimentasikan muzik mereka sedemikian. Jadi, tidak rugilah anda mendengar lagu-lagu mereka...

"Beyonce - I Am...Sasha Fierce (Deluxe Edition)"
Beralih kepada rentak R&B pula, sememangnya minah ni senantiasa akan memukau para peminatnya dengan koleksi albumnya yang sungguh meletup dan mendebarkan. Dengan kata lain, minah ni memang menumpukan 200% usahanya ke atas mencari nada-nada dan lagu yang THE BEST untuk tatapan para peminatnya. Single terbaru minah ini ialah "Diva" yang sememangnya menjurus ke arah beliau sendiri. Selain itu, "Halo" dan "Single Ladies (Put A Ring On It)" juga meletup di corong-corong telinga para peminat. Setelah membuat intro dengan lagunya "If I Were A Boy", sehingga kini lagu tersebut masih menjadi HIT dalam membuat muat turun di mana-mana laman web. Kepuasan album ini ialah: 90%

"Katy Perry - One Of The Boys"
Minah yang baru menonjolkan diri di dalam arena muzik global ini sememangnya setanding dengan minah-minah laen yang sudah lama berkecimpung dalam dunia seni global. Lagu "I Kissed A Girl" dan "Hot & Cold" sememangnya lagu yang menjadi perbualan ramai sehingga masa kini. Minah ini juga telah membuat kontroversi di mana beliau telah menyatakan diri beliau adalah Bisexsual. Lagu "I Kissed A Girl" juga membuktikan bahawa beliau sememangnya suka bergaul di antara kaum sejenisnya sendiri. Adakah benar kenyataan ini? Hanya anda yang menentukan. Akan tetapi minah ini juga telah menampilkan single terbarunya "Thinking Of You" bagi membuktikan beliau bukan seorang kaki perempuan malah juga mampu membuatkan hati para jejaka kecairan.

Album-album lain:

1. Linkin Park - Road To Revolution / Live At Melton
2. Fall Out Boy - Folie A Deux
3. Cute Is What We Aim For - Rotation
4. Coldplay - Viva La Vida Prokpekt's March Edition
5. The Academy Is - Fast Times At Barrington High
6. The Ting Tings - We Started Nothing
7. Taylor Swift - Fearless (International Edition)
8. Pussycat Dolls - Dolls Domination (Deluxe Edition)
9. Pink - Funhouse
10. Ne-yo - The Year Of Gentleman
11. Kanye West - 808s And Heartbreak
12. We The Kings - We The Kings
13. Secondhand Serenade - A Twist In My Story
14. Metro Station - Metro Station



Kengkawan Onlineku...

Nama sebenar jejaka ini ialah Mohamad Adi Dzulkarnain atau nama panggilan manjanya ialah Adie. Aku mengenali dia setahun yang lepas. Kami saling mengenali melalui rangkaian web interaksi ramai yang popular iaitu myspace.com serta sering berchating di Yahoo Messenger. Pada masa itu aku masih jahil untuk mengenali sikap sebenarnya. Disebabkan salah faham dan ketidaksesuaian di dalam pergaulan, kami bergaduh pada tahun 2007. Kami ibarat pasangan GAY karena kami bergaduh sehinggakan tidak bertegur sapa selama hampir 1 tahun. Alhamdulillah, dengan keizinan dari-Nya, kami berbaik semula pada hujung tahun lepas. Setelah diteliti dan diselidiki semula, aku sudah mula memahami dan mengenali siapa sebenarnya manusia di sebalik wajah yang poyo ini. Adie ini seorang pelawak, pencarut, pemaki hamun, penjahanam dan seumpamanya sehinggakan aku tidak terdaya untuk menggambarkan dengan kata-kata. Aku senantiasa mengingati tarikh keramat pada 19/11 pada setiap tahun bagi menyambut ulang tahunnya. Diharap dia juga mengingati tarikh lahirku jua. Matlamatku pada tahun ini adalah untuk menemuinya supaya kami boleh berkenalan dengan lebih rapat lagi. Moderalisasinya, ADIE ini adalah seorang yang best dan selalu membuat daku ketawa dan tersenyum tatkala daku menghadapi tempoh-tempoh kesusahan dan kepasrahan. Terima kasih banyak Adie...


Inilah jejaka yang menyatukan aku dengan Adie... Hisham diberi nama... Thanks a Lot!!!!

Nama jejaka ini pula ialah Muhammad Ekmal Mohd Zulkarnain atau nama panggilan comelnya ialah Eki atau Ekmal. Aku sudah membiasakan diriku untuk memanggilnya Ekmal sahaja. Aku baru sahaja mengenalinya pada bulan yang lepas semasa berbalas-balas komen dan mesej di ruangan myspace.com. Disebabkan keramahan, kejujuran, kebaikan dan ketidakmaluan yang ada pada dalam diri Ekmal dalam menjalinkan hubungan dengan diriku, aku merasakan dia adalah seorang kawan yang baik dan jujur. Sehinggakan kami terus rapat dalam masa yang amat singkat. Terus Terang aku nyatakan hasrat di hati ini bahawa Ekmal ini adalah seorang manusia yang amat baik. "Sesungguhnya rugilah seseorang itu hanya dengan tidak menghargai kawannya sendiri". Kata-kata hikmat ini akanku pegang sampai bila-bila. ekmal, terima kasih daku ucapkan kerana sudi menjadi salah seorang daripada rakanku....
"Besday Ekmal pada 05/10"

PS: Nama bapa mereka berdua memang sama melainkan ejaan yang berbeda


Senarai di bawah merupakan rakan-rakanku yang lain yang juga merupakan rakan-rakan dalam talianku:

1. Amer (die nila paling best skali bile time chat dgn die..mmg best..peramah dan baik..dulu je lose contact..skang dah meet balik..hope xda papa2la pasni..huhu)
2. Danny (adik angkat)
3. Dedeq (adik angkat gak - adik kepada Danny)
4. Kimi (member baru...bestie kpd Ekmal..dia ni mmg lawak dan best gak)
5. Kiok (pun mmber baru gak...kawan kepada Ekmal dan Kimi gak..dia ni aku rs pemalu..tp best gak)
6. Syazwan (rakan komenku..mmg slalu berbalas2 komen)
7. E-one (skang dah jarang dah contact coz dia bz dgn skool stuff die..tp dia ni mmg best di ajak lepak)
8. Afik (skang pun jarang gak bermsg2 tapi dia nila tau sume pasal aku)
9. Fara - (2nd Lover) :-"
10. Yana - (1st Lover) :-"
11. Aisyah & Fatimah (twin sister - Danny cousin..mmg cute dan anggun)
12. Eqyn (dah lame dah kenal die ni..dia nipun tau serba sedikit psl aku...dia mmg baek..)
13. ZAIN (xda dlm gmbr) - dia ni aku letak last coz br skang aku kenal dia...dia kawan ekmal, kimi dan kiok gak...dia mmg super duper baik...best kwn dgn dia...skang dah rapat dah...hehe..thx Zain coz sudi jd kwn aku...

Saturday, March 7, 2009

Permulaan Catatanku...

Diri ini tiba-tiba sahaja ingin menerbitkan bloq sendiri... Pada permulaan ini, aku tiada idea untuk mencatit cerita.. Usah anda semua risau...Ilham itu pasti akan datang dengan sendirinya... Teruskanlah membaca dan menyokong blog aku karena akan terbitnya pelbagai cerita yang menarik menanti anda...