Sunday, March 8, 2009

Album Pilihanku Pada Saat Ini...


"The Red Jumpsuit Apparatus - Lonely Road"
Sekali lagi kumpulan ini telah menerbitkan sebuah lagi album dengan lagu yang cukup mengasyikkan. Dengan paparan dan susunan muzik yang lebih pro dan matang, sememangnya kumpulan ini sahajalah yang mempunyai trademark dan style tersendiri. Bagi aku, kesemua lagu yang didendangkan adalah sedap dan betul-betul memukau jiwa dan perasaan ini... Oleh itu, downloadlah album ini sekarang!!!

"The All American Rejects - When The World Comes Down (Deluxe Edition)"
Kumpulan ini juga tidak kurang hebatnya dengan menampilkan lagu yang mempunyai trademark tersendiri yang hanya boleh didapati apabila anda mendengar lagu daripada kumpulan ini sahaja. Pada permulaan single mereka iaitu "Gives You Hell" bermain di corong-corong radio dan internet, kebanyakkan pendapat telah dilemparkan oleh peminat muzik negara yang telah menyatakan bahawa kumpulan ini berkemungkinan besar sudah tidak mengikut susur galur muzik mereka sendiri. Akan tetapi, setelah diteliti mereka sememangnya mempunyai sebab mengeksperimentasikan muzik mereka sedemikian. Jadi, tidak rugilah anda mendengar lagu-lagu mereka...

"Beyonce - I Am...Sasha Fierce (Deluxe Edition)"
Beralih kepada rentak R&B pula, sememangnya minah ni senantiasa akan memukau para peminatnya dengan koleksi albumnya yang sungguh meletup dan mendebarkan. Dengan kata lain, minah ni memang menumpukan 200% usahanya ke atas mencari nada-nada dan lagu yang THE BEST untuk tatapan para peminatnya. Single terbaru minah ini ialah "Diva" yang sememangnya menjurus ke arah beliau sendiri. Selain itu, "Halo" dan "Single Ladies (Put A Ring On It)" juga meletup di corong-corong telinga para peminat. Setelah membuat intro dengan lagunya "If I Were A Boy", sehingga kini lagu tersebut masih menjadi HIT dalam membuat muat turun di mana-mana laman web. Kepuasan album ini ialah: 90%

"Katy Perry - One Of The Boys"
Minah yang baru menonjolkan diri di dalam arena muzik global ini sememangnya setanding dengan minah-minah laen yang sudah lama berkecimpung dalam dunia seni global. Lagu "I Kissed A Girl" dan "Hot & Cold" sememangnya lagu yang menjadi perbualan ramai sehingga masa kini. Minah ini juga telah membuat kontroversi di mana beliau telah menyatakan diri beliau adalah Bisexsual. Lagu "I Kissed A Girl" juga membuktikan bahawa beliau sememangnya suka bergaul di antara kaum sejenisnya sendiri. Adakah benar kenyataan ini? Hanya anda yang menentukan. Akan tetapi minah ini juga telah menampilkan single terbarunya "Thinking Of You" bagi membuktikan beliau bukan seorang kaki perempuan malah juga mampu membuatkan hati para jejaka kecairan.

Album-album lain:

1. Linkin Park - Road To Revolution / Live At Melton
2. Fall Out Boy - Folie A Deux
3. Cute Is What We Aim For - Rotation
4. Coldplay - Viva La Vida Prokpekt's March Edition
5. The Academy Is - Fast Times At Barrington High
6. The Ting Tings - We Started Nothing
7. Taylor Swift - Fearless (International Edition)
8. Pussycat Dolls - Dolls Domination (Deluxe Edition)
9. Pink - Funhouse
10. Ne-yo - The Year Of Gentleman
11. Kanye West - 808s And Heartbreak
12. We The Kings - We The Kings
13. Secondhand Serenade - A Twist In My Story
14. Metro Station - Metro Station



11 comments:

  1. Semuanya adalah pirate...hahaha...ndang lahanat!

    ReplyDelete
  2. haha..poyo je ayat2 mu itu

    ReplyDelete
  3. lawak da juak pake ayat2 skema..hehehe
    teruskan menulis..akan ku terus baca blog mu ini.

    ReplyDelete
  4. trimas di atas sokongan mu itu...
    hahaha...

    ReplyDelete
  5. kenak album yang menampilkan juara pertandingan karaoke kampung bintangor kategori veteran sikda lam list kau!!!!??? nang lupa pada orang2 lamak kau tuk!!!

    ReplyDelete
  6. album ya terlalu privacy bah..
    sorry kmk sik dpt memenuhi permintaan ktk ya...
    yes I love u too!

    ReplyDelete
  7. wohh!!!
    alesana x dea kea??
    huhuhu!!!

    ReplyDelete
  8. hahah...
    Alesana mmg album terbaik tp gue tdk cukup utk dipamerkan di sini...hehe
    biarlah terbaik dr dlm hati..huhuhu

    ReplyDelete
  9. bukan ko berebut ngan orang pilipin nak meli rilisan rohana jalil di sibu hari itu?mengapa tidak di paparkan?

    :: padahal rumah anda dekat sahaja dengan keramaian karaoke kampung tajaan BELIA KAMPUNG! mengapa tiada koleksi itu??

    MESEJ SIMPLE DAN PADU SEBAGAI KOMEN PERTAMA DI PAGE ANDA SAYA AKHIRI DENGAN:

    ANCHETT.

    ReplyDelete
  10. YESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!
    BETER!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    AMPUT!

    ReplyDelete