Monday, March 9, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah 2009


Assalamualaikum kepada semua. Terlebih dahulu saya memanjat kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyambut kelahiran Rasulullah SAW pada tahun ini. Sesungguhnya kehadiran umat Islam di kampungku sungguh meriah serta dapat sama-sama merasai sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Bermula pada jam seawal 7.15 pagi, saya bersama dengan rakan seperjuangan melangkah kaki ke dewan bagi memulakan perarakan. Saya bersama-sama dengan Kak Som, Kak Ros , Kak Asmah serta Zaimah seiringan semenjak awal pagi bagi menyambut suasana ini. Kami berlima sememangnya tidak kering gusi bergelak ketawa apabila membincangkan isu-isu pada masa kini atau lebih dikenali sebagai mengumpat. Astaghfirullah'alazim...sememangnya kami cukup berdosa. Kami juga sedar akan perbuatan kami. Akan tetapi, kami juga sedar bahawa orang lain juga akan berbuat sedemikian.

Setelah lebih kurang 1 jam lebih menunggu di dalam dewan SK Abang Amin tadi, kami semua pun mula bergerak menuju ke masjid yang jauhnya lebih kurang 2km. Jarak sebegini sememangnya tidak begitu mencabar bagi orang lain tetapi bagi diriku ini yang serba kesakitan pada lutut kaki sebelah kananku, aku memang merasakan kesakitan yang sememangnya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Namun, aku tabahkan jua dan kuatkan semangat bagi menempuh dugaan yang tidak seberapa ini di mata Allah SWT. Alhamdulillah, kami berlima sampai di masjid lebih kurang 1jam kemudian.

Berikut adalah paparan imej semasa menuju ke masjid:


SEMASA TIBA DI MASJID:

Sesudah sampai di perkarangan masjid, kami terpaksa menunggu giliran di luar selama 15minit bagi menunggu giliran untuk masuk ke dalam ekoran terlalu ramai orang yang ingin masuk ke dalam. Setelah berjaya masuk ke dalam, kami pun terus duduk bersila dan bersimpuh sambil minum air kotak free yang diberikan. Kami seharusnya bersyukur seadaanya karena dengan adanya pemberian percuma ini dapatlah kami membasahkan tekak kami yang telah sekian lama sudah kering. Sesudah itu, kami semua terpaksa menunggu aturan majlis bagi memulakan aturcara seterusnya. Kami terpaksa mendengar ucapan yang cukup meyakinkan daripada tetamu kehormat kita iaitu En. Raden Foji walaupun hampir separuh daripada tetamu yang hadir terpaksa keluar ekoran betapa asyiknya ucapan beliau itu tadi. Setelah itu, kami dihiburkan dengan 2 persembahan nasyid daripada kaum hawa dan kaum adam bagi memeriahkan suasana yang sememangnya membosankan sejak awal pagi tadi. Namun begitu, kami berusaha tidak sesekali mempamerkan kebosanan di riak wajah kami masing-masing.

Persembahan pertama ialah daripada kumpulan nasyid yang terdiri daripada aweks-aweks SMK Kai Chung

Persembahan kedua daripada kumpulan nasyid yang terdiri daripada brader-brader kampung dan juga pelajar sekolah. Sememangnya muka mereka semua begitu serius dan poyo sekali.

SESUDAH BERAKHIRNYA MAJLIS:
Untuk pengetahuan anda semua, kami sebenarnya ingin merasakan masakan daripada hidangan yang disediakan di perkarangan masjid. Akan tetapi, salah seorang daripada kami telah melihat sesuatu keadaan yang cukup mengaibkan di mana salah seorang penduduk kampung kamu mengambil nasi hanya dengan berlaukan AIR KUAH sahaja! Dengan kata lain, makanan yang dihidangkan sudah kehabisan stok. Saya seorang yang menjaga bentuk badan dan perut sememangnya tidak kisah akan hal seperti ini. Oleh itu, kami berlima mengambil keputusan untuk menjamu selera di................:

YUSOP RESTAURANT SDN BHD!

Pada mulanya kami sampai di restoran ini, kami mengalami masalah untuk mencari tempat duduk memandangkan begitu ramai manusia kelaparan yang ingin menjamu selera. Setelah dijemput sendiri oleh tuan punya kedai untuk masuk ke dalam, kami pun duduk di tempat yang telah sekian lama kosong. Memang buta mata kami. Di antara kami berlima, hanya 3 orang sahaja yang makan. Aku hanya makan canai telur, Kak Som dan Zaimah makan nasi campur. Manakala Kak Ros dan Kak Asmah hanya menikmati minuman milo ais dan teh ais. Aku tanpa segan silu menyatakan yang aku tidak membawa sebarang wang untuk menjamu selera di restoran ini. Oleh itu, aku meminjam sedikit wang daripada Kak Som untukku membayar sejumlah wang hasil daripada makanan aku tadi iaitu: Canai telur & Horlick Ais

Inilah sisa makananku yang tidak seberapa...(kuahnye memang sedap)

Begitulah serba sedikit mengenai aktivitiku sepanjang hari ini. Walaupun kepala lutut kaki sebelah kananku (dengan detailnye) terasa sakit, namun aku cukup gembira dan berbangga kerana dapat menyambut suasana Maulidur Rasul ini dengan rakan-rakanku. Buat pengetahuan anda semua, dalam masa 24 tahun ini, inilah kali pertama aku menyambut dan berarak sebegini...anda bila lagi???

3 comments:

  1. Pengisian yang menarik semasa Hari Maulidur Rasul!

    ReplyDelete
  2. SEKUMPULAN BRADER2 NASYID ITU SIAPAKAH MEREKA?
    BAGITAHU SAYA AWAL2 SEBELUM SAYA MELANCARKAN M.BISON SAYA. ADAKAH MEREKA:

    A - BELIA BINTANGOR
    B - RAKAN SURAU
    C - RELA
    D - PERSATUAN SEPAK TAKRAW

    YANG PASTI CIKGU BAHA ADA DI SITU.BEGITU JUGA DENGAN SANI DALAM GAMBAR BERASINGAN.

    ReplyDelete
  3. Ndak lah ku tauk kmpln ni..
    tang samo jak bunyi kmpln sidak yo..
    hahaha...
    gasak jak...
    aku ngambik gmbr jak..
    sik ngipai tepi kain sapo ownernya...
    ewwwwwwwwwwww...
    pelissssssssssssss!!!

    ReplyDelete